Friday, 30 March 2012

Pensyampu Rambut

Tujuan mensyampu rambut adalah untuk menanggalkan kotoran, minyak, dan sel mati pada rambut dan kulit kepala.Syampu yang dipilih hendaklah sesuai dengan jenis rambut.

Jenis Rambut

  • Normal
  • Berminyak 
  • Kering

Kandungan Syampu

  • 80-90% air
  • 2-8% detergen
  • 1% pewangi
  • bahan pengewet

Bentuk Syampu

  • Krim
  • Cecair
  • Separa cecair
  • Serbuk
Jenis Syampu
·Syampu rambut normal
  -Kandungan
   Detergeb dan air.
  -Jenis rambut
   rambut dan kulit kepala yang berkeadaan normal.


·Syampu rambut berminyak
  -Kandungan
   kandungan detergen yang tinggi.
  -Jenis rambut
   rambut dan kulit kepala yang berminyak.


·Syampu rambut kering
  -Kandungan
   detergen, magnesium stearate dan bahan berminyak.
  -Jenis rambut
   rambut kering.


·Syampu rambut antikelemumur
  -Kandungan
   bahan pembasmi kuman dan pencegah kelemumur.
  -Jenis rambut
   `ramput berkelemumur.
   `rambut dan kulit kepala yang kering dan gatal.



·Syampu rawatan
  -Kandungan
   detergen, perapi, bahan memperbaiki keadaan rambut yang bermasalah,
   dan kandungan alkali yang rendah.
  -Jenis rambut
   rambut yang telah diwarnakan, dicerahkan dan dikeritingkan.


INFO KHAS
·Syambu berumusan bunga lavendar, madu, buah ceri, dan gandum boleh
  memperbaiki semula rambut yang rosak la membantu memberi kelembapan
  dan menjadikan ranbut mudah diurus dan tidak bersimpul.

Bahan tambahan dalam syampu
Jenis rambut kering

  • Telur
  • Minyak kepala/santan
  • Inai
  • Jojoba
  • Minyak zaitun

Jenis rambut berminyak

  • Jus lemon
  • Oren
  • Chamomile
  • Rosemary

Jenis rambut normal

  • Rambut laut
  • Minyak Zaitun
Teknik Manipulasi Kulit Kepala


  1. Arah mengurut.
  2. Arah gerakan menggunting.
  3. Arah menguli dan meramas.
  4. Urutan pusar di gigi rambut.
  5. Urutan pusar di tengkuk.
Langkah-langkah dan kebersihan apabila mensyampu
  1. Pastikan syampu tidak terkena mata.
  2. Pastikan suhu air sesuai.
  3. Gunakan perut jari ketika mensyampu.
  4. Petap rambut selepas membilas rambut.
  5. Pastikan lantai dan sekeliling unit syampu kering.
  6. Bersihkan unit syampu dan basmi kuman pada bahagian leher unit syampu.
  7. Berus dan sikat disterikan.
Langkah kerja memberus rambut
  1. Buat belahan di bahagian tengah kepala.
  2. Ambil sebahagian kecil rambut.
  3. pegang rambut dengan tangan kiri dan berus rambut dengan tangan kanan.
  4. Berus rambut dari pangkal hingga ke hujung rambut sambil memusingkan pergelangan rambut.
  5. Ulangkan proses ini sebanyak 3 kali.
  6. Ulangkan langkah 2-5 hingga meliputi seluruh kepala.
Persediaan alat dan bahan.
Alat
  1. Tuala
  2. Cape syampu
  3. Berus rambut
  4. Sikat pembentuk
  5. Botol penyembur air
Bahan
  1. Syampu
  2. Perapi
Langkah kerja
1.  Basahkan rambut dan kulit kepala.
2.  Bubuhkan syampu sedikit demi sedikit.
    -Buihkan syampu bermula dari tengah kepala.
    -Bahagian:tepi garis rambut dan belakang.
3.  Lakukan manipulasi kulit kepala dengan langkah berturutan dengan betul 
    dan buangkan buih syampu yang berlebihan.
4.  Persilakan ke unit syampu.Pastikan suhu air sesuai.
5.  Lapikkan belakang kerusi dengan cape syampu.
6.  Bilakan rambut
   i.   Basahkan rambut dan kulit kepala.
        Apabila menyembar air dikeliling bahagian, telinga, tutupkan bahagian
        telinga dengan tangan kiri.
   ii.  Apabila menyembar air pada bahagian hadapan letakkan tangan pada dahi
        untuk mengelak air meleheh ke muka.
   iii. Angkat kepala ,semburkan air pada bahagian atas tengkuk.
7.  Bubuh syampu sekali lagi dan buihkan.
8.  Bilaskan rambut.
9.  Buangkan air berlebihan dan bubuh perapi.
    Ramus hujung rambut.
10. Bilaskan sehingga bersih.
11. Buangkan air yang berlebihan dan petap dengan tuala
12. Balut rambut dengan tuala kering.

----------------------------------------------------------------------------------

No comments:

Post a Comment