Saturday, 31 March 2012

Pengeringan Dan Pengayaan Rambut Dengan Cara Tiup Kering




Alat dan fungsi untuk menggunakan rambut dengan cara tiup kering

  1. Pengering rambut tangan
  2. Sikat
  3. Berus rata
  4. Berus bulat
  5. Klip pembahagi rambut
Pengering rambut tangan
-mengeringkan dan membentuk rambut


Sikat
-membuat pembahagian rambut


Berus rata
-mendapat bentuk rambut yang rata dan lembut


Berus bulat
-mendapat bentuk ikal yang elok dan penuh


Klip pembahagi rambut
-membuat pembahagian dan menyepit rambut


Bahan Menggayakan Rambut


Cara Meyikat Rambut Dengan Teknik Yang Betul

  1. Lerai ranbut dengan jari jika rambut panjang.
  2. Mula menyikar rambut dari bagagian tengkuk dan tepi bawahdengan menggunakan sikat kasar.
  3. Teruskan menyikat rambut di bahagian atas kepala.
  4. Sikat rambut dengan teliti pada setiap bahagian.Pastikantidak rambut dengan kuat dan tidak melukakan kulit kepala.
  5. Teruskan menyikat rambut ke bahagian tengah atas kepala menghala ke belakang.
  6. Akhir sekali sikat rambut bahagian tepi atas dan hadapan kepala menghala ke belakang.
Teknik membahagi rambut kepada 4 bahagian.
1. Buat belahan di bahagian tengah kepala
  i.  sikat rambut ke belakang
  ii. letakkan bahagian hujung sikat bahagian tebgah garis dani.
  iii.tarik sikat ke belakang sepanjang garis hingga ke bucu kepala.
  iv. tetapkan kedudukan pembahagian dan sikat rambut meng hala ke dua-dua
      tepi supaya belahan nampak jelas.

2. Buat belah di kedua-dua bahagian sisir dari bucu kepala hingga ke telinga
   untuk membentuk bahagian 1 dan 2.Klipkan stp bahagian ketat dan kemas.

3. Tarik belahan bahagian tengah belakang dari bucu kepala hingge ke tengkuk.
  i. sikat rambut menghala kedua-dua sisi kiri dan kanan untuk membentuk
     bahagianv3 dan 4.
 ii. klipkan setiap bahagian dengan ketat dan kemas.

Perkara yang perlu dipertimbangkan semasa meniup kering

  • Rancang stail rambut supaya sesuai dengan rupa pelanggan, panjang rambut ,dan tekstur rambut.
  • Gunakan berus rambut yang betul.
  • Pegang berus rambut dan pengering rambut pada sudut yang betul supaya rambut boleh dibentuk dengan elok.
  • Suhu pengering rambut tidak terlalu panas atau terlalu sejuk.
  • Setiap bahagian rambut perlu dikeringkan dengan betul untuk mendapat bentuk yang elok.
Langkah keselamatan semasa meniup kering
1. Menggunakan pengering rambut

  • Pastikan wayar pengering rambut tidak terdedah.
  • Pastikan tiada bahagian pengering rambut yang longgar.
  • Sebelum menggunakan pengering rambut,pastikan tangan, kawasan kerja, dan lantai dalam keadaan kering.
  • Pastikan panapis pengering rambut dalam keadaan bersih dan tidak berhabuk.
  • Jika terjatuh, angkat pengering rambut dengan tangan,bukan dengan wayarnya.
  • Selepas diigunakan, gulungkan wayar atau gantungkan pengering rambut.
----------------------------------------------------------------------------------

No comments:

Post a Comment