Saturday, 31 March 2012

Penggayaan Rambut Dengan Sanggul

Sanggul adalah sati cara menggayakan rambut panjang. Ia dibentuk dengan teknik dan daya fikiran yang kreatif.Pada umumnya dandanan sanggul dibentuk dengan menyikat, memberus, melipat, menggulung/mengumpul rambut supaya terletak di atas, belakang/menyerong ke tepi kepala.


    Sanggul yang digayakan dengan aksesori/hiasan yang sesuai dapat menggambarkan paras rupa kaum wanita agar kelihatan lebih anggun menarik.Sanggul akan kelihatan lebih anggin jiga digayakan dengan aksesori yang sesuai cucuk sanggul, bunga reben, pin biasa, sikat hiasan, dan bahan penggaya seperti pemyembur warna dan pengilat perada.


Ciri snaggul yang elok

  1. Sanggul hendaklah terledak dengan kukuh dan seimbang
  2. Sanggul hendaklah licin, kemas, dan tidak mudah terlerai.
Peringatan semasa membuat sangkul

  1. Pastikan rambut bersih sebelum disanggul.
  2. Rambut perlu disikat sebelum membuat sangkul.
  3. Arah gulungan rambut digantung kepada stail sangkul yang dikehendaki.
  4. Tujuan menyikat songsang ialah memberi volume pada bentuk sangkul.
  5. Bahan penggaya seperti mousse, pem\nyembur rambut boleh digunakan supaya sangkul tahan lama.
Prosedur menyikat songsang pada bahagian hadapan rambut

  1. Ambil sebahagian rambut dari bahagian (5cm lebar dan tebal 1 cm).Dari hbahagian hadapan tenggakkan rambut dan sikat untuk melicinkan.
  2. Tolak sikat arah ke bawah hingga ke pangkal rambut untuk menyikat songsang.Ulang pergerakan sehingga selesai.
  3. Licinkan sebelah luar rambut yang telah disikat songsang untuk mendapatkan volume yang dihendaki.
Prosedur membuat sangkul
  1. Bahagikan rambut kepada 4 bahagian dari telinga ke telinga dan bahagian tengah atas kepala.
  2. Buat sikat songsang di bahagian belakang rambut.Kemaskan dan ratakan ke atas.
  3. Buat sikat songsang di bahagian tepi kiri rambut.Kemas dan ratakan dan klipkan ke atas bersama dengan rambut di tengah atas.Ulang proses yang sama untuk bahagian kanan rambut.
  4. Kemas, ratakan dan lipatkan rambut di bahagian atas mengikut stail yang dihendaki.

No comments:

Post a Comment