Saturday, 31 March 2012

Penggayaan Rambut Dengan Pengikal Elektrik


Pengikal Elektrik

  • Digunakan untuk menghasilkan ikal dan membaiki rupa bentuk rambut setelah diset.
  • Pengikal elektrik terdiri daripada bahagian rod besi dan grouve.
  • Bahagian grouve menyepit rambut semasa menggulungkannya.
  • Pengikal elektrik perlu dipanaskan sebelum diguna.Haba akan mengeringkan lembapan pada rambut untuk memberi bentuk padanya.
Langkah keselamatan apabila menggunakan pengikal elektrik

  • Keringkan ranbut sebelum menggayakannya.
  • Pastikan pengikal elektrik dipanaskan secukupnya sebelum menggulung rambut.
  • Pastikan pengikal elektrik tidak terlalu panas apabila digunakan pada rambut.
  • Pastikan hujung rambut digulung rata mengikat rod pengikal elektrik.
  • Berhati-hati supaya pengikal elektrik tidak terkena terlinga dan kulit kepala.
Senarai Alat dan Bahan
Alat

  1. Tuala 
  2. Berus rambut 
  3. Sikat pembentuk
  4. Klip pembahagi rambut
  5. Pengikal elektrik


Bahan

  1. Mousse
  2. Penyembur rambut
Prosedur menggayakan rambut dengan pengikal elektrik

  1. Panaskan pengikal elektrik.Ratakan mousse pada rambut jika perlu.
  2. Bahagikan rambut dan klipkan rambut.
  3. Ambil sebahagian rambut(6cm x 2cm dari bahagian pangkal tengkuk.Sikatkan rambut tegak dari kulit kepala)
  4. Pegang rambut dengan tangan kiri dan pengikal elektrik dengan tangan kanan.
  5. Gulungkan rambut hingga ke kulit kepala.
  6. Letakkan sikat di barsah rambut yang telah digulungkan untuk melindungi kepala Panaskan rambut selama 10 saat.
  7. Buka grouve dari keluarkan pengikal elektrik daripada rambut.
  8. Ulang langkah 3-7 hingga bahagian rambut yang dikehendaki telah dikalkan.
  9. Biarkan rambut selama 5-10 minit.
  10. Semburkan dengan penyembur rambut jika perlu.

No comments:

Post a Comment